Sunday 20 October 2013

Mencari cencaru kuda

Teknik Apollo sangat sesuai sekiranya berhajat untuk menjerat ikan cencaru di kawasan perairan pulau Sembilan. Terpulang kepada masing-masing sama ada menggunakan Apollo yang siap dibeli dari kedai pancing atau pun buatan sendiri. Saiz 12-14 adalah cukup sesuai untuk memancing ikan cencaru. Sekiranya saiz mata terlalu kecil, dikhuatiri mata senang patah, tetapi jika terlampau besar, takut pula tidak muat pada mulut kecil si cencaru.

Waktu yang sesuai pula amat penting kerana cencaru lebih gemar/aktif makan dikala senja berlabuh. Justeru, istilah cencaru makan petang timbul dikalangan nelayan atau pemancing. Dikala memburu cencaru, tekong akan memerhatikan gerombolan ikan bilis berdasarkan burung laut yang sibuk menyelam mencari makanan.  

Sekiranya kena tempat dan waktu, tidak menang tangan dibuatnya. 4-5 ekor cencaru berjuntai di hujung Apollo. Memang satu kepuasan!






hasil cencaru di kepulauan sembilan, perak