Sunday 26 May 2013

Salam sejahtera kepada semua pemancing mahupun blogger yang sentiasa mencari
ilmu dan bahan-bahan untuk tatapan masing-masing.

Minggu lepas team golden pillow angler berjaya juga mengemudi trip ke kawasan
perairan lumut. Trip yang disertai oleh DEAN, NAJ, ADAM selaku tekong serta 
saya sendiri telah membawa kami meredah sekitar jambatan Bainun ke lembah-
lembah yang tersorok sekitarnya.


Kami bergerak lebih kurang jam 3 petang dan kembali tiga ke empat jam kemudian.
Walaupun masa yang singkat, kami enjoy!

NAJ dan ADAM semasa meredah perairan Lumut. Bot enjin 40 kuasa kuda sudah cukup kuat untuk merentangi arus dan ombak. Walaupun bot tidak berbumbung, team golden pillow angler kental bertahan di bawah terik mentari.

Hasil umpan udang hidup memang menggalakkan di sekitar perairan Lumut. Tambahan umpan udang hidup yang digunakan hasil daripada kegiatan menjala oleh pembekal  udang sekitar. Warna kemerahan udang ini berbeza daripada udang putih yang dibela di dalam kolam. Sememangnya menyerlahkan lagi kecantikkan dan godaaan udang tersebut.

Team golden pillow angler berjaya menaikkan ikan keutamaan kami, yakni golden
pillow, sembilang dan bapak belukang. 



Berlatar belakangkan jambatan Bainun, DEAN bersama dua jenahak muda yang menjadikan udang jala sebagai santapan terakhirnya. Amatlah berpuashati sekiranya bantal emas berjaya dinaikkan di sini. Menurut DEAN, suatu ketika dulu jenahak banyak mendiami perairan Lumut, lima enam kilo merupakan perkara mudah dan sangat biasa didengari. Namun, faktor kealpaan dan kerakusan insan bernama manusia telah menyebabkan spesies ini sukar ditemui pada masa kini. Nasi sudah menjadi bubur, namun masih banyak cara pemuliharaan yang boleh kita laksanakan. 

Contoh paling mudah, jagalah kebersihan laut dan sungai. Sisa makanan seperti plastik dan polistrin perlulah dibuang ke tempat sepatutnya, bukan nya ke habitat marin. 


Nampak macam pengganas pun ada, tapi dia ialah anchor man merangkap kawan ADAM. 


Pemandangan waktu senja di sekitar jambatan Bainun sungguh mengasyikkan. Matahari hampir terbenam di kaki langit mengingatkan team golden pillow tentang kebesaran Ilahi. Dan sudah tentu, kami mengangkat joran untuk pulang ke daratan.

Tidak dilupakan kepada pembekal udang jala ini ialah DING, yang lebih dikenali sebagai panjang di kalangan penduduk sekitar. Jika pemancing-pemancing di luar sana berminat, boleh hubungi di nombor 0165945117.

Sehingga berjumpa lagi di episod akan datang.

Enjoy :)

Monday 20 May 2013

OPERASI TERJAH PULAU JARAK...BY GOLDEN PILLOW ANGLER

Kalau kail panjang sejengkal....jangan lautan hendak diduga...
Suatu pepatah yang amat sinonim bagi mereka yang berkecimpung dengan dunia yang berkaitan lautan...

Dan kerana pepatah itu jugalah GOLDEN PILLOW ANGLER...telah menetap kan tekad untuk menjayakan OPERASI TERJAH PULAU JARAK yang cukup kaya dengan ikan mega nya...
Antara modus operandi yang telah dirangcang kan..adalah menaik kan sebanyak mungkin spesies GOLDEN PILLOW yang memang menjadi rebutan kaki pancing..selain itu target spesies lain seperti BORON, GERUT-GERUT, PARI dan spesies ikan bersisik yang lain juga tidak dilupa kan...Trip yang akan dijayakan pada tarikh 11hb September 2013 sehingga 13hb September 2013 ini akan disertai oleh krew GOLDEN PILLOW ANGLER bersama dengan tekong AH HENG...sasaran sudah dikenal pasti...hanya waktu dan masa akan menentukan kejayaan misi ini....walaupun semua misi dan visi telah ditetap kan...bagi GOLDEN PILLOW ANGLER ape yang lebih penting adalah ENJOY......

GOLDEN PILLOW ANGLER MENCARI LUBUK DI LUMUT

Salam sejahtera kepada pengunjung blog GOLDEN PILLOW ANGLER. 

Episod kali ini, kami akan mengadakan trip menjelajah di sekitar perairan Lumut pada 21-5-13 bersama tekong Pak Nayan.

Kami ingin mencari lokasi persembunyian ikan-ikan mega yang suatu ketika dahulu terlalu banyak mendiami perairan Lumut.

Kami percaya masih ada spesies ikan mega yang mendiami perairan Lumut ini. 


Sudah tentunya pemburuan utama kami adalah spesies GOLDEN PILLOW.

Kami berharap dengan tekong yang berpengalaman dan faktor cuaca serta pasang surut air akan membantu edisi pemburuan kami.

Bagi mereka yang tidak pernah memancing di perairan Lumut, percayalah perairan ini masih kaya dengan hasilnya.

Buat kilang-kilang dan nelayan-nelayan di sekitar, peliharalah perairan Lumut agar habitat ikan mega tidak pupus kerana kecuaian kita.

Bagi mereka yang berminat menyertai ekspedisi kami pada masa akan datang, kami alu-alukan.

Enjoy!

Sunday 19 May 2013

KELONG PAK NAYAN TERBAIK DI LUMUT

Memancing di kelong Pak Nayan yang terletak
di kawasan Jambatan Bainun boleh mendatangkan 
hasil sekiranya kena pada masa yang sesuai.
Siakap, kerapu, daun baru, senangin sememangnya 
berkeliaran di kawasan itu untuk memburu
ikan-ikan kecil dan udang.

Team golden pillow angler berkesempatan menjengah
ke kelong Pak Nayan pada 6 Rejab yang lalu. Namun,
keadaan air mati menyebabkan ikan kurang 
menggerutu umpan udang hidup yang kami lontarkan.

Walau bagaimanapun, kami sentiasa puas hati dengan 
servis yang diberikan oleh Pak Nayan. Lelaki separuh
abad itu tidak lokek berkongsi ilmu memancing yang 
ada padanya. 

Bergambar di Jeti Kg Baru

3 ekor siakap dan beberapa ikan lain yang dipancing



En Aru bersama ikan bawal hasil apolo.

Walaupun ikan yang berjaya dipancing hanya beberapa ekor sahaja,
team golden pillow angler tetap gembira kerana dapat meluangkan
masa untuk seketika tanpa perlu memikirkan urusan rasmi. 

Team golden pillow akan mengadakan lagi trip ke kelong Pak Nayan 
sekiranya ada masa yang sesuai.

Kepada rakan-rakan pancing yang berminat untuk mengunjungi 
kelong Pak Nayan, boleh hubungi di 0175455221. Enjoy

Enjoy


Monday 13 May 2013

SEPETANG DI KELONG

Angin yang kuat ditambah ombak yang mengganas di perairan Lumut telah
membantutkan rancangan kami untuk ke Pulau sekitar. Keselamatan amat
diutamakan oleh setiap ahli team GOLDEN PILLOW ANGLER.
Justeru, rancangan ke kelong di sekitar Lumut di atur oleh DEAN dan rakan-
rakan. Sememangnya, kelong memang banyak terdapat di sini. Anda boleh
pilih yang mana sahaja sesuai dengan 'target' dan 'taste' masing-masing.
Antara kelong yang pernah team GOLDEN PILLOW ANGLER jejaki ialah
kelong AH HENG, CIKGU KAMARUL, PAK NAYAN dan lain-lain.
Sekiranya ada rakan-rakan yang ingin memancing di kelong, team GOLDEN
PILLOW ANGLER menyarankan agar buat tempahan terlebih dahulu. Ini
kerana jumlah kaki dan tangan yang terlibat dalam galaksi memancing amat
ramai dan kian bertambah.
Dan jangan terkejut dan kecewa sekiranya tarikh tempahan hanya boleh
didapati 2-3 bulan akan datang.
Sekiranya rakan-rakan di luar sana tinggal di sekitar, boleh juga memancing
untuk separuh hari sahaja. Hasilnya, bergantung kepada teknik masing-
masing dan juga kehendak-Nya.
Bak kata team GOLDEN PILLOW ANGLER;
'Di mana ada air, di situ ada lah tu'
Enjoy!

Sunday 12 May 2013

'The Making Of History'

Sebagai permulaan bagi blog ini, team Goldenpillow-angler memaparkan gambar-gambar ekspedisi yang telah berjaya dilakukan sebelum ini. Enjoy!