Sunday 26 May 2013

Salam sejahtera kepada semua pemancing mahupun blogger yang sentiasa mencari
ilmu dan bahan-bahan untuk tatapan masing-masing.

Minggu lepas team golden pillow angler berjaya juga mengemudi trip ke kawasan
perairan lumut. Trip yang disertai oleh DEAN, NAJ, ADAM selaku tekong serta 
saya sendiri telah membawa kami meredah sekitar jambatan Bainun ke lembah-
lembah yang tersorok sekitarnya.


Kami bergerak lebih kurang jam 3 petang dan kembali tiga ke empat jam kemudian.
Walaupun masa yang singkat, kami enjoy!

NAJ dan ADAM semasa meredah perairan Lumut. Bot enjin 40 kuasa kuda sudah cukup kuat untuk merentangi arus dan ombak. Walaupun bot tidak berbumbung, team golden pillow angler kental bertahan di bawah terik mentari.

Hasil umpan udang hidup memang menggalakkan di sekitar perairan Lumut. Tambahan umpan udang hidup yang digunakan hasil daripada kegiatan menjala oleh pembekal  udang sekitar. Warna kemerahan udang ini berbeza daripada udang putih yang dibela di dalam kolam. Sememangnya menyerlahkan lagi kecantikkan dan godaaan udang tersebut.

Team golden pillow angler berjaya menaikkan ikan keutamaan kami, yakni golden
pillow, sembilang dan bapak belukang. 



Berlatar belakangkan jambatan Bainun, DEAN bersama dua jenahak muda yang menjadikan udang jala sebagai santapan terakhirnya. Amatlah berpuashati sekiranya bantal emas berjaya dinaikkan di sini. Menurut DEAN, suatu ketika dulu jenahak banyak mendiami perairan Lumut, lima enam kilo merupakan perkara mudah dan sangat biasa didengari. Namun, faktor kealpaan dan kerakusan insan bernama manusia telah menyebabkan spesies ini sukar ditemui pada masa kini. Nasi sudah menjadi bubur, namun masih banyak cara pemuliharaan yang boleh kita laksanakan. 

Contoh paling mudah, jagalah kebersihan laut dan sungai. Sisa makanan seperti plastik dan polistrin perlulah dibuang ke tempat sepatutnya, bukan nya ke habitat marin. 


Nampak macam pengganas pun ada, tapi dia ialah anchor man merangkap kawan ADAM. 


Pemandangan waktu senja di sekitar jambatan Bainun sungguh mengasyikkan. Matahari hampir terbenam di kaki langit mengingatkan team golden pillow tentang kebesaran Ilahi. Dan sudah tentu, kami mengangkat joran untuk pulang ke daratan.

Tidak dilupakan kepada pembekal udang jala ini ialah DING, yang lebih dikenali sebagai panjang di kalangan penduduk sekitar. Jika pemancing-pemancing di luar sana berminat, boleh hubungi di nombor 0165945117.

Sehingga berjumpa lagi di episod akan datang.

Enjoy :)

1 comment:

  1. Casinomeister Casino Review - DrMCD
    Casinomeister Casino: Get 파주 출장마사지 your 용인 출장마사지 €5,000 Welcome Bonus and 150 free spins today! Enjoy slots from leading providers with 수원 출장샵 a 문경 출장샵 variety of casino games and plenty more! 공주 출장안마 Rating: 4.1 · ‎Review by drmcd

    ReplyDelete