Monday 13 May 2013

SEPETANG DI KELONG

Angin yang kuat ditambah ombak yang mengganas di perairan Lumut telah
membantutkan rancangan kami untuk ke Pulau sekitar. Keselamatan amat
diutamakan oleh setiap ahli team GOLDEN PILLOW ANGLER.
Justeru, rancangan ke kelong di sekitar Lumut di atur oleh DEAN dan rakan-
rakan. Sememangnya, kelong memang banyak terdapat di sini. Anda boleh
pilih yang mana sahaja sesuai dengan 'target' dan 'taste' masing-masing.
Antara kelong yang pernah team GOLDEN PILLOW ANGLER jejaki ialah
kelong AH HENG, CIKGU KAMARUL, PAK NAYAN dan lain-lain.
Sekiranya ada rakan-rakan yang ingin memancing di kelong, team GOLDEN
PILLOW ANGLER menyarankan agar buat tempahan terlebih dahulu. Ini
kerana jumlah kaki dan tangan yang terlibat dalam galaksi memancing amat
ramai dan kian bertambah.
Dan jangan terkejut dan kecewa sekiranya tarikh tempahan hanya boleh
didapati 2-3 bulan akan datang.
Sekiranya rakan-rakan di luar sana tinggal di sekitar, boleh juga memancing
untuk separuh hari sahaja. Hasilnya, bergantung kepada teknik masing-
masing dan juga kehendak-Nya.
Bak kata team GOLDEN PILLOW ANGLER;
'Di mana ada air, di situ ada lah tu'
Enjoy!

No comments:

Post a Comment